.

Followers

Thursday, 30 August 2012

Imbuhan Awalan mempeR-


Lengkapkan tempat kosong di bawah ini dengan kata berimbuhan yang paling sesuai.

1.       Usahawan itu berusaha untuk [                         ] rangkaian perniagaannya ke luar negara.
2.       Maniam [                         ] manfaat yang banyak daripada kursus yang diikutinya itu.
3.       Pak Dollah [                         ] hasil pendapatannya dengan dua orang pekerjanya itu.
4.       Encik Johari [                         ] pekerja-pekerja asing yang bekerja di kilangnya.
5.       Mereka bercadang untuk [                         ] taman permainan itu.

Imbuhan Awalan meN-


Bubuh imbuhan yang paling sesuai pada perkataan yang diberikan.

1.       Ayam-ayam itu sedang [                         ] (cakar) tanah untuk mencari makanan.
2.       Murid itu [                         ] (bisu) sahaja apabila disoal oleh guru disiplin.
3.       Harimau itu [                         ] (ngaum) kerana lapar.
4.       Mereka terpaksa [                         ] (hilir) sungai untuk ke kampung itu.
5.       Yani [                         ] (tanak) nasi untuk makan mlm.
6.       Rahman [                         ] (gilap) kasut kulit yang baru dibelinya itu.

Mengakui Kesalahan Sendiri

          Pada suatu petang, Rahman dan beberapa orang kawannya bermain bola di taman permainan. Rahman menyepak bola itu terkena tingkap kaca sebuah rumah di tepi taman permainanitu. Kaca pada tingkap itu pecah. Encik Lingam, pemilik rumah itu,keluar dari rumahnyya apabila terdengar bunyi kaca pecah.
                Kawan-kawan Rahman barasa takut dan cepat-cepat angkat kaki untuk meninggalkan taman itu. Tinggal Rahman tercegat di tepi pagar. Tinggal rahman tercegat di tepi pagar. Rahman juga berasa takut tetapi dia mencuba untuk menenangkan dirinya. Dialah yang menyebabkan tingkap kaca itu pecahdan harus berani mengakui kesalahannya.
                “Sa…saya…meminta maaf,encik. Saya… sayalah… yang menendang bola ke arah tingkap kaca itu,” kata Rahman dengan suara yang tergagap-gagap.
                “Oh, awaklah yang memecahkan kaca pada tingkap saya!” kata Encik Lingam dengan suara yang kuat.
                “Saya tidak sengaja,encik. Saya akan meminta ayah saya menghantar orang untuk membaiki tingkap itu,” kata Rahman dengan perasaan sesal.
                Encik Lingam diam sebentar. Dia mengambil bola yang berada di bawah tingkap. Dia memberikan bola itu kepada Rahman.
                “Tidak apalah,” kata Encik Lingam. “Saya tahu kamu tidak berniat untuk memecahkan kaca tingkap itu. Lagipun, kerosakannya sedikit sahaja. Saya berasa bangga kerana kamu berani mengakui kesalahan kamu. Itu sikap yang baik.”
                Mendengar kata-kata Encik Lingam itu,Rahman berasa lega.

                “Sekali lagi, saya meminta maaf,” kata Rahman. “Saya akan lebih berhati-hati apabila bermain bola pada kali lain.”

Kata Pemeri

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini dengan kata pemeri yang paling sesuai.

1.       Zarul [                         ] abang zeti.
2.       Khabar angina itu [                         ] palsu belaka.
3.       Johar [                         ] salah seorang murid yang terlibat dalam pergaduhan itu.
4.       Encik Bakri [                         ] pengarah syarikat kami yang baharu.
5.       Harga sebuah buah durian tu [                         ] RM3.00 sekilogram.
6.       Pengenalan peraturan baharu itu [                         ] tepat pada masanya.

Kata Nafi

Isi tempat kosong dengan kata nafi yang paling sesuai.

1.         Nora [                         ] berani membantah kata-kata ibunya.
2.          Hisal [                         ] anak orang miskin seperti yang saya sangkakan.
3.          Swee Hiong [                         ] tidur tetapi berbaring sahaja.
4.          Abiddin [                         ] datang ke sekolah hari ini.
5.          Hadiah ini [                         ] untuk Amran tetapi untuk Nina.
6.         Mohd Azlan [                         ] mahu dijodohkan dengan sepupunya itu.
7.         “Saya membaca buku itu, [                         ] buku ini.” Kata Niza.
8.          Seluar ini [                         ] sesuai dipakai untuk jamuan rasmi.

Catatan Perjalanan

I2.30 tengah hari
Bas ekspres tiba di stesen bas Johor Bahru. Aku berasa risau kalau-kalau tidak bertemu dengan sepupuku, Hassan. Tiba-tiba, bahuku dicuit dari belakang. Aku memandang ke belakang dan berasa lega. Hassa tersenyum padaku.

I.00 petang
Kami menaiki teksi ke rumah Hassan. Teksi melalui bandar raya Johor Bahru yang sungguh sibuk. Jalan raya sesak dengan kenderaan dan orang. Hassan memberitahuku bahawa kesesakan lalu lintas kerap terjadi pada waktu itu kerana ramai orang keluar untuk makan tengah hari.

I.40 petang
Kami tiba di rumah hasssan. Ibu Hassan dan dua orang adik perempuannya menyambut ketibaanku dengan gembiranya. Aku makan tengah  hari bersama-sama mereka. Kemudian aku berehat kerana berasa letih selepas perjalanan yang jauh.

4.30 petang
Hassan membawaku bersiar-siar di Bandar raya Johor Bahru. Aku kagum akan pembangunan pesat di Johor Bahru. Pusat Bandar raya dipenuhi pencakar langit. Bandar raya itu memang sibuk dengan orang yang berpusu-pusu ke sana sini. Lalu lintas pula bersimpang siur. Bunyi hon kenderaan amat membingit kan. Suasana ini membosankanku.

8.00 malam
Aku dan keluarga Hassan duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Ibu Hassan bertanyakan khabar keluargaku di kampung. Hassan ingin tahu bbilangan hari saya akan tinggal di rumahnya. Aku memberitahunya bahawa saya akan pulang ke kampung pada hari Ahad.

Jawab soalan-soalan yang berikut dengan berpandukan petikan.

1. Bas ekspres yang dinaiki penulis bertolak ke Johor Bahru pada pukul

A    8.00 pagi
B    8.10 pagi
C    8.20 pagi
D    8.30 pagi

2. Mengapakah penulis berasa lega ketika berada di stesen bas Johor Bahru?

A    Kerana dia selamat tiba di destinasinya
B    Kerana sepupunya menyambut ketibaannya
C    Kerana perjalanan ke Johor Bahru membosankan
D    Kerana dia dapat betemu dengan sepupunya

3. Berapa orangkah yang makan tengah hari bersama-sama penulis?

A    Tiga orang
B    Empat orang
C    Lima orang
D    Enam orang

4. Perkara-perkara yang berikut telah membosankan penulis kecuali

A    Kesibukan bandar raya Johor Bahru
B    Lalu lintas yang bersimpang-siur
C    Pembangunan pesat di Johor Bahru
D    Bunyi hon kenderaan

5. Rangkai kata pencakar langit dalam petikan bermaksud

A    deretan kedai yang panjang
B    bangunan yang tinggi
C    jalan raya yang lebar
D    bangunan yang besar

Friday, 27 July 2012

Video 1 - Kasih Sayang


Arahan  : Tonton video di atas dengan teliti. Kemudian senaraikan lima pengajaran yang boleh didapati daripada video tersebut.