.

Followers

Thursday, 30 August 2012

Catatan Perjalanan

I2.30 tengah hari
Bas ekspres tiba di stesen bas Johor Bahru. Aku berasa risau kalau-kalau tidak bertemu dengan sepupuku, Hassan. Tiba-tiba, bahuku dicuit dari belakang. Aku memandang ke belakang dan berasa lega. Hassa tersenyum padaku.

I.00 petang
Kami menaiki teksi ke rumah Hassan. Teksi melalui bandar raya Johor Bahru yang sungguh sibuk. Jalan raya sesak dengan kenderaan dan orang. Hassan memberitahuku bahawa kesesakan lalu lintas kerap terjadi pada waktu itu kerana ramai orang keluar untuk makan tengah hari.

I.40 petang
Kami tiba di rumah hasssan. Ibu Hassan dan dua orang adik perempuannya menyambut ketibaanku dengan gembiranya. Aku makan tengah  hari bersama-sama mereka. Kemudian aku berehat kerana berasa letih selepas perjalanan yang jauh.

4.30 petang
Hassan membawaku bersiar-siar di Bandar raya Johor Bahru. Aku kagum akan pembangunan pesat di Johor Bahru. Pusat Bandar raya dipenuhi pencakar langit. Bandar raya itu memang sibuk dengan orang yang berpusu-pusu ke sana sini. Lalu lintas pula bersimpang siur. Bunyi hon kenderaan amat membingit kan. Suasana ini membosankanku.

8.00 malam
Aku dan keluarga Hassan duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Ibu Hassan bertanyakan khabar keluargaku di kampung. Hassan ingin tahu bbilangan hari saya akan tinggal di rumahnya. Aku memberitahunya bahawa saya akan pulang ke kampung pada hari Ahad.

Jawab soalan-soalan yang berikut dengan berpandukan petikan.

1. Bas ekspres yang dinaiki penulis bertolak ke Johor Bahru pada pukul

A    8.00 pagi
B    8.10 pagi
C    8.20 pagi
D    8.30 pagi

2. Mengapakah penulis berasa lega ketika berada di stesen bas Johor Bahru?

A    Kerana dia selamat tiba di destinasinya
B    Kerana sepupunya menyambut ketibaannya
C    Kerana perjalanan ke Johor Bahru membosankan
D    Kerana dia dapat betemu dengan sepupunya

3. Berapa orangkah yang makan tengah hari bersama-sama penulis?

A    Tiga orang
B    Empat orang
C    Lima orang
D    Enam orang

4. Perkara-perkara yang berikut telah membosankan penulis kecuali

A    Kesibukan bandar raya Johor Bahru
B    Lalu lintas yang bersimpang-siur
C    Pembangunan pesat di Johor Bahru
D    Bunyi hon kenderaan

5. Rangkai kata pencakar langit dalam petikan bermaksud

A    deretan kedai yang panjang
B    bangunan yang tinggi
C    jalan raya yang lebar
D    bangunan yang besar

No comments:

Post a Comment