Pada suatu petang, Rahman dan beberapa orang kawannya bermain bola di taman permainan. Rahman menyepak bola itu terkena tingkap kaca sebuah rumah di tepi taman permainanitu. Kaca pada tingkap itu pecah. Encik Lingam, pemilik rumah itu,keluar dari rumahnyya apabila terdengar bunyi kaca pecah.
Kawan-kawan Rahman barasa takut dan cepat-cepat angkat kaki untuk meninggalkan taman itu. Tinggal Rahman tercegat di tepi pagar. Tinggal rahman tercegat di tepi pagar. Rahman juga berasa takut tetapi dia mencuba untuk menenangkan dirinya. Dialah yang menyebabkan tingkap kaca itu pecahdan harus berani mengakui kesalahannya.
“Sa…saya…meminta maaf,encik. Saya… sayalah… yang menendang bola ke arah tingkap kaca itu,” kata Rahman dengan suara yang tergagap-gagap.
“Oh, awaklah yang memecahkan kaca pada tingkap saya!” kata Encik Lingam dengan suara yang kuat.
“Saya tidak sengaja,encik. Saya akan meminta ayah saya menghantar orang untuk membaiki tingkap itu,” kata Rahman dengan perasaan sesal.
Encik Lingam diam sebentar. Dia mengambil bola yang berada di bawah tingkap. Dia memberikan bola itu kepada Rahman.
“Tidak apalah,” kata Encik Lingam. “Saya tahu kamu tidak berniat untuk memecahkan kaca tingkap itu. Lagipun, kerosakannya sedikit sahaja. Saya berasa bangga kerana kamu berani mengakui kesalahan kamu. Itu sikap yang baik.”
Mendengar kata-kata Encik Lingam itu,Rahman berasa lega.
“Sekali lagi, saya meminta maaf,” kata Rahman. “Saya akan lebih berhati-hati apabila bermain bola pada kali lain.”